Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga Jepun jatuh kondo sah Akiko Okumura, suami telah dipanggil untuk siasatan (video)


SHAH ALAM - Polis mengesahkan wanita warga Jepun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya pada Jumaat lalu adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridzokumura.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), tiada unsur sebarang jenayah ditemui setakat ini namun polis akan menyiasat secara keseluruhan perkara ini termasuk dari sudut jenayah.


"Walaupun siasatan di bawah SDR, proses siasatan tetap sama seperti siasatan jenayah biasa, kita akan melihat sebarang kemungkinan sama ada unsur jenayah atau tindakan mangsa itu sendiri.

"Sekiranya terdapat bukti atau saksi yang menunjukkan wujud unsur jenayah, kita akan mengklasifikasikan semula kes mengikut kesalahan jenayah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Selasa..

Hussein berkata, pihak kedutaan Jepun dan keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif berhubung insiden berkenaan tanpa mengetahui kesahihan maklumat.

"Saya meminta orang ramai agar tidak memberikan sebarang komen negatif tanpa mengetahui sebarang keterangan berkaitan.

"Siasatan masih berjalan dan kita akan teliti semua aspek sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengesahkan suami mangsa telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Jumaat lalu, media melaporkan seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, dekat sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.

Media juga melaporkan Ridzokumura menerusi hantaran di media sosialnya memberitahu, isterinya, Akiko Okumura telah meninggalkan dunia.


video: