Sepuluh fakta kes Najib yang telah disahkan dalam mahkamah tanpa sebarang pembantahan dari pendakwaan.
1. Najib telah menerima sekurang-kurangnya RM642 juta dari Arab Saudi, termasuk pindahan terus dari akaun rasmi Kementerian Kewangan Arab Saudi — seperti disahkan oleh saksi dari Ambank, SPRM dan PDRM.
2. Dana RM2.6 bilion yang sering dijadikan isu telah dipulangkan semula kepada penghantar dalam tempoh 4 bulan, seperti disahkan oleh saksi PDRM.
3. Tiada sebarang bukti bahawa Najib pernah mengarah dana 1MDB dipindahkan untuk kegunaan peribadi beliau — seperti disahkan oleh saksi PDRM.
4. Najib dan Ketua Polis Negara ketika itu tidak pernah mengganggu atau menghalang siasatan kes 1MDB — ini turut disahkan oleh saksi PDRM.
5. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tiada siapa termasuk Najib pernah meminda atau mengarahkan pindaan terhadap laporan audit 1MDB.
6. Wang tunai RM114 juta yang dirampas selepas PRU14 telah disahkan sebagai dana pilihan raya UMNO, dan mahkamah telah mengarahkan ia dipulangkan semula kepada Najib.
7. Barang kemas yang dirampas dari Najib dan keluarganya bukan berpunca dari dana haram, dan sebahagian besar daripadanya adalah hadiah yang diterima sejak puluhan tahun. Mahkamah juga telah mengarahkan pemulangan barang-barang tersebut.
8. Pengurus Ambank sendiri mengaku di mahkamah bahawa maklumat akaun disembunyikan daripada Najib, menyebabkan beliau tidak mengetahui kedudukan sebenar akaunnya.
9. Najib bukan sebahagian daripada konspirasi penyelewengan 1MDB. Malah, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat tidak pernah menuduh beliau berkonspirasi bersama Jho Low, Roger Ng atau Tim Leissner — seperti disahkan oleh Roger Ng sendiri.
10. Selain satu kes pembelian jam tangan di Hawaii, Najib tidak pernah menggunakan dana dalam akaunnya untuk tujuan peribadi. Kesemua dana tersebut telah digunakan untuk sumbangan dan kebajikan, dan dana bagi pembelian jam tangan itu juga datang daripada sumber yang sah dari Arab Saudi.