Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Abang belon berpotensi lumpuh dan hilang kawalan buang air besar -Doktor swasta

Doktor yang paling kiri

KUALA LUMPUR: Kecederaan saraf tulang belakang yang dialami Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai 'Abang Belon' berisiko menyebabkannya lumpuh dan komplikasi lain.

Pegawai perubatan swasta, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran berkata, berdasarkan nota perubatan yang diperoleh daripada mangsa, Muhammad Zaimuddin disahkan mengalami retak pada tulang belakang jenis ‘T12 compression’, yang boleh memberi tekanan kepada saraf utama di kawasan tulang T11 hingga L1.


"Apabila tulang retak, ruang kosong akan terbentuk antara T11 dan L1, menyebabkan ketidakseimbangan pada struktur tulang belakang. Keadaan ini boleh menyebabkan saraf terhimpit dan cedera.

"Jika tidak dirawat dengan betul, kecederaan ini berpotensi menyebabkan kelumpuhan," dakwanya dalam satu sidang akhbar pada Ahad.

Muhammad Zaimuddin sebelum ini membuat laporan polis susulan dakwaan dia dikasari oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac lalu.

Laporan itu dibuat pertama kali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi setelah tujuh hari dia dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, akibat kecederaan serius.

Sementara itu, Dr Mohd Hafidz berkata, ruang kosong antara tulang akibat retakan tersebut boleh mengganggu struktur tulang belakang secara keseluruhan dan menyukarkan pergerakan jika tidak dikawal dari awal.

“Selain itu, komplikasi lain yang mungkin berlaku pada pesakit seperti ini adalah ‘rectum incontinence’ di mana mereka kehilangan kawalan untuk membuang air besar. Kecederaan seperti ini tidak wajar berlaku dan perlu dielakkan.

“Semoga pemakaian ‘cast’ untuk menyokong tulang belakang dapat membantu proses pemulihannya dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” ujarnya.

Menurut Dr Mohd Hafidz, Muhammad Zaimuddin sepatutnya menjalani pembedahan hernia pada 18 April ini bagi merawat skrotum yang membesar, namun pembedahan tersebut terpaksa ditangguhkan akibat kecederaan pada tulang belakang T12 yang dialami.

"Pembedahan berkenaan kini perlu ditangguhkan dan rawatan utama diberikan pada tulang belakang T12 yang tidak boleh bergerak terlalu banyak. Jika ditanya tentang skala kesakitan, dia meletakkan tahap kesakitan pada angka lapan hingga sembilan, yang menunjukkan kesakitan sangat teruk kerana melibatkan saraf di kiri dan kanan tubuhnya.

"Dalam nota discaj Muhammad Zaimuddin, salinan sijil cuti sakit selama 48 hari turut dikepilkan. Dalam tempoh ini, dia tidak boleh bergerak dan tidak dapat meneruskan pekerjaan menjual belon seperti biasa," katanya. - Sinar Harian