Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bomba sahkan tiga injap utama Petronas sepanjang 18km terjejas


PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menganggarkan sekurang-kurangnya empat jam api dapat dipadamkan sepenuhnya ekoran kebakaran yang berlaku daripada kebocoran saluran paip gas Jalan Putra Harmoni, Putra Height dekat sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jeneral Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, anggaran masa tersebut diperlukan bagi baki gas dalam saluran paip sepanjang 32 kilometer itu habis terbakar.


“Petronas akan melepaskan gas secara asli serta kebakaran membabitkan tiga injap utama saluran paip injap 210 ke 211 dengan jarak kira-kira 18 km yang terletak di kawasan Batu Tiga, Shah Alam.

“Manakala valve 211 ke 212 sepanjang 14 km iaitu Meru, Klang serta injap 209 ke 211 kerana masih terdapat tekanan susulan kebakaran terbabit.

“Kesemua injap tersebut telah ditutup oleh pihak Petronas pada 8.46 pagi tadi,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai menjauhi kawasan-kawasan yang terjejas bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, pihak bomba setakat ini tidak akan menjalankan sebarang operasi untuk memadamkan api di bahagian paip yang meletup.

Jelasnya, pemeriksaan turut mendapati tekanan gas dalam saluran paip yang terjejas akibat kebakaran pagi tadi telah menurun kira-kira 40 Bar sejak tiga injap utama ditutup.

“Tekanan awal dalam paip tersebut direkodkan pada 50 Bar. Pemeriksaan sekitar 11 pagi pagi menunjukkan tekanan telah menurun kepada 10 Bar, dan kini ia telah berkurang lagi kepada 8 Bar.

“Buat masa ini, kita menunggu gas dalam saluran paip habis terbakar dan pihak Petronas juga sedang menjalankan operasi pelepasan gas terkawal di empat injap sepanjang saluran paip.

“Tumpuan kita (pasukan operasi) adalah untuk mengepung kawasan tersebut dan memindahkan rumah-rumah di sekelilingnya,” katanya.

Terdahulu, kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas petronas sepanjang kira-kira 500 meter.

Kejadian terbabit turut tular menerusi beberapa video dan gambar di media sosial menunjukkan kebakaran di sebuah lokasi di Putra Height dekat sini.

Video tular menunjukkan api menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan setempat.

Ia mendapat perhatian susulan bahang yang dirasai oleh penduduk setempat selain bunyi letupan dan bau gas.

sumber- UTUSAN