Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dr Ustaz Yusri dipilih calon BN di PRK Ayer Kuning


TAPAH - Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, 26 April ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sempena Majlis Pelancaran Jentera PRK N 48 DUN Ayer Kuning di Pusat Arahan BN dekat Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini pada Isnin.


Hadir sama, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mohamad Yusri, 54, merupakan calon tempatan berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Bekas guru dan kini bertugas sebagai pensyarah kanan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Ipoh itu bukan sahaja aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, malah sering diberikan tugas berkaitan keagamaan kerana latar belakang pendidikannya.

Pada 28 Februari lepas, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid menyerahkan notis kekosongan DUN Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK itu masing-masing pada 12 April dan 22 April manakala 26 April sebagai hari mengundi.