Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Keputusan ambil alih tanah Kg Sungai Baru dibuat ikut proses dan Akta -Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin keputusan berkaitan pengambilan tanah tersebut dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan tidak melibatkan dirinya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu.

"Sebaliknya, keputusan terbabit dibuat melalui proses yang diperuntukkan dalam akta berkenaan, yang mana keputusan diputuskan oleh pihak berkuasa tanah Wilayah Persekutuan.


"Jika pengambilan tanah tersebut tidak dibuat mengikut lunas undang-undang, mahkamah boleh menentukan hak-hak pihak yang terjejas," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu tampil memberikan penjelasan selepas didakwa bertanggungjawab meluluskan pengambilan tanah berkenaan semasa mentadbir kerajaan.

Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila sebahagian penduduk asal, termasuk penghuni rumah teres, tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang ditawarkan.

Dalam satu pertemuan pada Khamis lepas, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung, Zainab Alias mendakwa penduduk kampung itu dikhianati wakil rakyat PN apabila mereka menyebelahi pemaju pada 2021 termasuklah Datuk Seri Rina Harun, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim. 

- Sinar Harian