Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koperal polis tertembak kepala sendiri


GEORGE TOWN: Seorang anggota polis parah selepas dipercayai tertembak dirinya sendiri dalam satu kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, petang tadi.

Mangsa, seorang koperal berusia 58 tahun, dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat tertembak menggunakan sepucuk pistol jenis P99 dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang.


Mangsa yang bertugas sebagai penyelia pos kawalan sejak jam 8 pagi hingga 4 petang, tidak pulang ke rumah selepas tamat syif.

Ketika kejadian, satu das tembakan dipercayai turut menembusi cermin pejabat komander bertugas.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan parah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“(Kejadian) ada, masih dalam siasatan awal dan dalam proses (beri kenyataan),” katanya.

Siasatan forensik sedang dijalankan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca insiden. Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

-BuletinTV3