PETALING JAYA: Bekas perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara IJN.
Kesihatannya merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana mengalami demensia, malah tidak lagi dapat mengingati nama dan wajah ahli keluarganya.
Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah menjadi perdana menteri kelima pada 2003, selepas tamatnya penggal Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
BERITA LANJUT MENYUSUL