Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemilihan PKR: Akmal Nasir kalah teruk kepada Taufik di Johor Bahru


PETALING JAYA: Seorang lagi tokoh PKR kecundang pada pemilihan cabang apabila Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasir gagal mempertahankan jawatannya sebagai ketua Johor Bahru.

Dengan hanya 587 undi hari ini, Ahli Parlimen Johor Bahru dua penggal itu dikalahkan oleh Taufiq Ismail yang memperoleh 709 undi.


Akmal, bekas ketua Pemuda PKR kini pengarah strategi parti, terpilih menjadi ketua cabang itu pada 2014.

Di Ledang, Ketua PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh kembali jadi ketua cabang tanpa dicabar.

Sementara itu, bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berjaya mempertahankan jawatannya sebagai ketua Simpang Renggam selepas menang tipis dengan 125 undi, berbanding pencabarnya Wong Yung Chin (109 undi) dan Yusof Rahman (82 undi).

‘Heavyweight’ kalah di Tebrau

Di Tebrau, ahli perniagaan Prakash Maniam menang jawatan ketua cabang tanpa disangka, menewaskan penyandang Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran dan seorang pencabar lain, Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah, yang juga bekas ketua PKR Pulai.

Prakash memperoleh 691 undi, manakala Yuneswaran meraih 589 undi dan Puah 560 undi.

Yuneswaran juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, manakala Puah ialah naib ketua PKR Johor.