Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemilik kuil di Dengkil setuju kosongkan kawasan, tiada tuntutan -JAIS


Isu pencerobohan tanah yang diwartakan sebagai tapak Masjid Baru Dengkil akhirnya menemui jalan penyelesaian secara aman apabila pihak yang membina rumah ibadat secara tidak sah di kawasan itu menyatakan kesediaan untuk berundur dan mengosongkan kawasan terbabit.

Tindakan itu susulan lawatan pihak berkuasa termasuk Pejabat Tanah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pagi tadi ke lokasi berkenaan. Turut serta dalam kunjungan tersebut Penyelaras DUN Dengkil, Noorazli Said, yang mengesahkan status tanah berkenaan kekal sebagai milik Jais untuk pembinaan masjid.


Hasil tinjauan mendapati terdapat sebuah kuil Hindu dan sebuah tokong kecil berunsur kepercayaan Cina yang dibina secara tidak sah di atas tanah itu. Bagaimanapun, perbincangan dengan komuniti India setempat berlangsung secara baik dan membawa kepada keputusan bersama.

“Tanah Jais untuk masjid Dengkil kekal. Pembinaan akan dimulakan secepat mungkin.

“Tiada pampasan atau tuntutan dari pihak yang menceroboh. Harus pulihkan seperti keadaan asal,” kata Noorazli.

Difahamkan, pembinaan kuil tersebut dibuat secara tidak sah oleh penduduk tempatan dan tanpa kelulusan pihak berkuasa. Kunjungan pagi tadi turut disertai Timbalan Pengarah Pengurusan Jais, Mohd Faizal Abd Raji serta Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Kampung Dengkil, Al Rasyid Ab Rani mencadangkan agar Jais segera memasang pagar di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang pencerobohan semula.

Katanya, tanah itu diwartakan sebagai tapak Masjid Baru Dengkil sejak tahun 2012.

-MalaysiaKini