Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis sahkan bekas suami pempengaruh ditahan kes tipu pakej melancong




JOHOR BAHRU: Polis menahan bekas suami pempengaruh yang dikatakan terbabit kes penipuan pakej pelancongan.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.


"Polis mengesahkan menahan bekas suami 'influencer' untuk siasatan. PS (kenyataan media) menyusul," jawabnya ringkas.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial bekas suami pempengaruh ditahan pihak polis.

Turut tular perbualan WhatsApp pempengaruh dengan seorang individu dipercayai kakak kepada bekas suaminya itu yang mengesahkan lelaki itu ditahan polis di Johor Bahru.

Berita penahanan itu tular sejurus selepas berita pernikahan pempengaruh dengan seorang jejaka warga asing dilaporkan.